Meniti Ke Puncak Juara
Piala Malaysia 2011
InsyaAllah Milik Terengganu
~Doa & Harapan Majlis Belia Negeri Terengganu~
"Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, bajet khusus telah diberikan kepada Majlis Belia Malaysia(MBM), majlis belia negeri-negeri dan majlis belia daerah-daerah. Ianya adalah merupakan satu suntikan semangat kepada warga belia untuk meneruskan aktiviti kepimpinan bagi menjamin kelangsungan kerajaan pemerintah hari ini.
Tasik Kenyir (28.09.11) : Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,AADK Negeri Terengganu dan TQHM Consultant sedang menganjurkan Program Sentuhan Rohani bagi sesi kelima di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu bersama Pejabat Yang berhormat EXCO belia Dan Sukan Negeri terengganu dan majlis Belia Negeri Terengganu menjemput pemimpin pertubuhan belia dan seluruh kerabat ahli ke Majlis
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H/ 2011 Masihi
pada 28 September 2011 (Rabu) bertempat di Dataran Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Terengganu. Majlis ini akan bermula pada jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.
Kemaman (17.09.11) : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kemaman bersama pertubuhan belia setempat meriah dengan kehadiran kira-kira 35000 orang.



Koloborasi 5 pertubuhan belia di Kemaman telah berjaya mewujudkan Tabung Sumbangsih Belia Kemaman-Nusantara (Tabung Sumbangsih) yang bertujuan untuk mencari dan mengumpul dana serta tenaga untuk membantu negara-negara dan masyaakat-masyarakat yang memerlukan bantuan kewangan, kemanusiaan, sosial, pendidikan dan sebagainya di seluruh negara-negara Asean. Pertubuhan belia yang terlibat adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Kemaman, Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Kawasan Kemaman, Kelab Rakan Muda Kemaman (KRMK), Persatuan Mahasiswa Kemaman (PERMATA KEMAMAN) dan Kelab Belia Aswari (Aswari).
Kuala Terengganu (15.08.11) : Sidang Redaksi Utusan Belia telah pun berjaya menyiapkan hampir 90% kerja-kerja penerbitannya pada hari ini.