28 September 2011

Program Sentuhan Rohani

Tasik Kenyir (28.09.11) : Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,AADK Negeri Terengganu dan TQHM Consultant sedang menganjurkan Program Sentuhan Rohani bagi sesi kelima di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Peserta seramai 60 orang yang terdiri daripada ahli pertubuhan belia di negeri Terengganu akan diberikan pendedahan kerohanian daripada aspek keagamaan dalam membentuk halatuju kehidupan.

27 September 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Belia Terengganu


Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu bersama Pejabat Yang berhormat EXCO belia Dan Sukan Negeri terengganu dan majlis Belia Negeri Terengganu menjemput pemimpin pertubuhan belia dan seluruh kerabat ahli ke Majlis


Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H/ 2011 Masihi


pada 28 September 2011 (Rabu) bertempat di Dataran Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Terengganu. Majlis ini akan bermula pada jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

18 September 2011

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kemaman Bersama Belia

Kemaman (17.09.11) : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kemaman bersama pertubuhan belia setempat meriah dengan kehadiran kira-kira 35000 orang.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik itu dihoskan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek bersama 26 pertubuhan belia kawasan Parlimen Kemaman antaranya ialah Majlis Belia Daerah (MBD) Kemaman, Kelab Rakan Muda Kemaman, Pergerakan 4B Kawasan Kemaman dan MAYC Kawasan Kemaman.

Majlis ini berbeza daripada yang lain kerana pertubuhan belia bersama-sama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman, Jabatan Belia Dan Sukan negeri Terengganu, IKBN Kemasik dan Koperasi Rakan Muda Kemaman berkoloborasi menyediakan juadah untuk tetamu yang hadir antaranya Nasi Dagang, Nasi Minyak, Sate, Lemang dan sebagainya.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan artis tempatan seperti Hattan, Z
arina, Balqis, Black dan sebagainya. Walaupun majlis bermula jam 11.00 pagi, namun tetamu telah mula membanjiri IKBN sejak jam 10.00 pagi lagi.

Barisan kepimpinan MBN Terengganu turut hadir memeriahkan majlis dengan kehadiran Pengerusi seawal jam 11 pagi bersama keluarga, Pengerusi dan AJK MBD Kemaman, MBD Dungun, MBD Marang dan MBD Kuala Terengganu.

Turut hadir menyerikan majlis adalah Y.A.B. Dato' Seri Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu dan Y.B. Dato' Mohamed Awang Tera.

15 September 2011

Rumah Terbuka Parlimen Kemaman

Mewakili YB Dato' Sri Haji Ahmad Shabery Bin Cheek,
menjemput semua pemimpin dan ahli pertubuhan belia serta orang ramai menghadiri
Majlis Rumah Terbuka Parlimen Kemaman 2011
Bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik
17 September 2011 (Sabtu)
Jam 11 pagi hingga 3 petang

Rumah terbuka kali ini sepertimana tahun sebelumnya, Yang Berhormat Dato' Sri berkongsi rumah terbuka bersama-sama pertubuhan belia sekitar Parlimen Kemaman.

Menurut Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kemaman, Encik Ruhisyam Bin Ibrahim, sebanyak 26 pertubuhan belia di Parlimen Kemaman terlibat menyediakan semua juadah untuk tetamu yang hadir. Rumah terbuka ini juga mendapat bantuan penuh daripada pihak pengurusan IKBN Kemasik yang menyediakan tempat, pelbagai kemudahan dan para pelajar sebagai sukarelawan. Rumah Terbuka ini sentiasa dinantikan oleh penduduk Kemaman kerana kelainan yang ditampilkan. "Idea untuk melibatkan pertubuhan belia adalah merupakan idea Yang Berhormat Dato' Sri sendiri dan ianya mampu mendekatkan diri dianatara belia dan pemimpin tempatan" kata Encik Ruhisyam Ibrahim.

Majlis rumah terbuka ini akan turut diserikan oleh artis tempatan antaranya Hattan, Balqis dan lain-lain.