30 Ogos 2011

Salam Lebaran...



Barisan kepimpinan Majlis Belia Negeri Terengganu dengan kerendahan hati mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Semoga raya pada kali ini dilimpahi rahmat sekalian umat Islam di seluruh dunia terutamanya buat para belia di Terengganu.

Utamakan keselamatan, Ingatlah orang yang tersayang...

27 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa Belia Terengganu & APMT


Marang (27.08.11) : Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) bersama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Marang Village Resort. Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada barisan kepimpinan MBNT, wakil APMT, dan badan gabungan MBNT termasuk para belia di seluruh negeri Terengganu hadir.

Menurut Pengerusi MBNT, Sdr. Mat Yusof Bin Mat Ali, majlis seumpama ini amat penting dianjurkan walaupun sekadar sekali setahun, ini kerana ianya mampu bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan silaturahim diantara belia-belia seluruh negeri Terengganu. Program ini seharusnya mampu dilaksanakan setiap tahun dan mungkin diadakan di setiap daerah bagi mendekati para belia secara menyeluruh.

Yang amat membanggakan adalah APMT selaku agensi dibawah kerajaan Negeri Terengganu sanggup bekerjasama bagi mendekati para belia di negeri ini melalui majlis pada hari ini dan diharpkan majlis seperti ini mampu dilaksanakan lagi dalam pelbagai spektrum agar para belia di negeri ini mampu mengenali kepimpinan belia-belia seluruh negeri Terengganu dan seterusnya mewujudkan 'komunikasi bersilang di antara pemimpin-pemimpin belia seluryh negeri Terengganu.

25 Ogos 2011

Program Pengagihan Bubur Lambuk

Program Pengagihan Bubur Lambuk

Koloborasi Persatuan Belia Wujudkan Tabung Sumbangsih

Koloborasi 5 pertubuhan belia di Kemaman telah berjaya mewujudkan Tabung Sumbangsih Belia Kemaman-Nusantara (Tabung Sumbangsih) yang bertujuan untuk mencari dan mengumpul dana serta tenaga untuk membantu negara-negara dan masyaakat-masyarakat yang memerlukan bantuan kewangan, kemanusiaan, sosial, pendidikan dan sebagainya di seluruh negara-negara Asean. Pertubuhan belia yang terlibat adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Kemaman, Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Kawasan Kemaman, Kelab Rakan Muda Kemaman (KRMK), Persatuan Mahasiswa Kemaman (PERMATA KEMAMAN) dan Kelab Belia Aswari (Aswari).

Pada 18 Ogos 2011 yang lalu, Tabung Sumbangsih telah berjaya menjalankan aktiviti mengumpul dana yang pertama. Program Pengagihan Bubur Lambuk dan Mengumpul Dana itu melibatkan Bazar Ramadhan Padang Astaka Chukai Kemaman dan SMK Geliga. Pengagihan bubur lambuk itu diketuai oleh Yang Berbahagia Saudara Mohd Hisyam Bin Haji Zubir, Pegawai Khas kepada Menteri Belia Dan Sukan Malaysia merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman.

Pengumpulan Dana baru-baru ini bertujuan untuk mengagihkan sumbangan raya kepada anak-anak yatim di Jeringa, Wilayah Narrathiwat.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Tabung Sumbangsih Puan Noorhaliza Binti Mukhtafar, Tabung ini akan sentiasa menjalankan aktiviti mengumpul dana untuk diagihkan kepada pihak-pihak yang memerlukan di Selatan Thailand, Sabah, Sarawak, Kemboja, Vietnam dan sebagainya. Selain daripada itu, Tabung Sumbangsih ini juga akan turut memberi sumbangan kepada penduduk tempatan secara berkala.

Sukarelawan Tabung Sumbangsih juga mengamalkan konsep 1 Malaysia dimana ianya terdiri daripada pelbagai kaum dan ini menunjukkan kesepakatan dan perpaduan diantara sukarelawan membantu tanpa mengira kaum.

21 Ogos 2011

Majlis Rakan Muda Ramadhan Khatam Al-Quran

MAJLIS RAKAN MUDA RAMADHAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 1432H/2011

Hulu Terengganu (21.08.11) : Masjid Sultan Mahmud, Hulu Terengganu hari ini dipenuhi oleh ribuan belia dari seluruh pelusuk Negeri Terengganu bagi menyempurnakan Majlis Rakan Muda Ramadhan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu. Pelbagai program di atur sepanjang hari ini antaranya adalah Khatam Al-Quran dan
Majlis Berbuka Puasa.

Program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato Seri Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu. Program ini turut dihadiri oleh EXCO Belia Dan Sukan Terengganu, Tuan Haji Rozi Bin Mamat, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri dan ADUN-ADUN kawasan Parlimen Hulu Terengganu.

Menurut Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu, majlis pada kali ini adalah merupakan kesinambungan daripada program tadarus yang bermula pada 1 Ramadhan yang lalu yang membabitkan masjid-masjid terpilih di seluruh Negeri Terengganu.

Utusan Belia-Utusan Kita

Kuala Terengganu (15.08.11) : Sidang Redaksi Utusan Belia telah pun berjaya menyiapkan hampir 90% kerja-kerja penerbitannya pada hari ini.

Mesyuarat terakhir sidang redaksi yang dibuat pada hari ini dihadiri oleh semua ahli termasuklah Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu. Mesyuarat ini membentangkan draf terakhir Majalah rasmi MBNT sebelum ianya dicetak dan dilancarkan dalam masa terdekat.

Majalah ini adalah merupakan hasil titik peluh kesemua ahli MBNT yang cuba mendokumentasikan segala aktiviti kesemua komponen belia di negeri Terengganu.

Kita nantikan kemunculan wajah majalah kita...