02 Januari 2012

Perutusan Khas Pengerusi Sempena 2012

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita dalam menempuh Tahun Baru Hijrah 1433 dan 2012M. Sesungguhnya jika digamit nostalgia 2011, terasa-rasa oleh kita bahawa masa berlalu begitu pantas. Semusim usia menua dan sekali gus membawa erti setahun lagi pengalaman bertambah. Penghujung hidup pun kian hampir. Ianya datang secara tiba-tiba. Itulah yang sering diperingatkan kepada kita warga belia terutamanya.

Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana MBNT terus utuh dan dihidup suburkan aktivitinya sehingga dapat menempa kejayaan bagi Tahun 2011. Tirai 2011 dilabuhkan dengan kejayaan MBNT bersama JBSNT menganjurkan Malam Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 20 Disember 2011. Tahniah kepada semua yang berjaya merangkul anugerah belia bagi Tahun 2011. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang bersama MBNT bagi menjayakan program-program sepanjang Tahun 2011.