25 Ogos 2011

Koloborasi Persatuan Belia Wujudkan Tabung Sumbangsih

Koloborasi 5 pertubuhan belia di Kemaman telah berjaya mewujudkan Tabung Sumbangsih Belia Kemaman-Nusantara (Tabung Sumbangsih) yang bertujuan untuk mencari dan mengumpul dana serta tenaga untuk membantu negara-negara dan masyaakat-masyarakat yang memerlukan bantuan kewangan, kemanusiaan, sosial, pendidikan dan sebagainya di seluruh negara-negara Asean. Pertubuhan belia yang terlibat adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Kemaman, Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) Kawasan Kemaman, Kelab Rakan Muda Kemaman (KRMK), Persatuan Mahasiswa Kemaman (PERMATA KEMAMAN) dan Kelab Belia Aswari (Aswari).

Pada 18 Ogos 2011 yang lalu, Tabung Sumbangsih telah berjaya menjalankan aktiviti mengumpul dana yang pertama. Program Pengagihan Bubur Lambuk dan Mengumpul Dana itu melibatkan Bazar Ramadhan Padang Astaka Chukai Kemaman dan SMK Geliga. Pengagihan bubur lambuk itu diketuai oleh Yang Berbahagia Saudara Mohd Hisyam Bin Haji Zubir, Pegawai Khas kepada Menteri Belia Dan Sukan Malaysia merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman.

Pengumpulan Dana baru-baru ini bertujuan untuk mengagihkan sumbangan raya kepada anak-anak yatim di Jeringa, Wilayah Narrathiwat.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Tabung Sumbangsih Puan Noorhaliza Binti Mukhtafar, Tabung ini akan sentiasa menjalankan aktiviti mengumpul dana untuk diagihkan kepada pihak-pihak yang memerlukan di Selatan Thailand, Sabah, Sarawak, Kemboja, Vietnam dan sebagainya. Selain daripada itu, Tabung Sumbangsih ini juga akan turut memberi sumbangan kepada penduduk tempatan secara berkala.

Sukarelawan Tabung Sumbangsih juga mengamalkan konsep 1 Malaysia dimana ianya terdiri daripada pelbagai kaum dan ini menunjukkan kesepakatan dan perpaduan diantara sukarelawan membantu tanpa mengira kaum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan