04 Disember 2010

Pesta Sukan Dan Kebudayaan Belia 2010

MBNT@ Pesta Sukan Dan Kebudayaan Belia 2010 USM, Pulau Pinang.



2-5 Dis. 2010 - MBNT telah menghantar 1 Kontinjen bagi mewakili Majlis Belia Negeri Terengganu ke Pesta Sukan Dan Kebudayaan Belia 2010 di USM Pulau Pinang. 6 acara yang disertai oleh MBNT adalah Paintball, Bola Jaring, Badminton, Futsal, Pingpong dan Deklamasi Sajak.
Menurut saudara Syahrizzat Hazwan Bin Mohamad (Ketua Kontinjen MBNT), "MBNT mampu meraih Pingat Gangsa bagi acara Bola Jaring, Tempat Ke-4 bagi acara Badminton dan mampu ke Suku Akhir bagi acara Paintball, dan itu sudah memadai, kerana Kontinjen MBNT telah memberikan saingan yang cukup sengit dan bersemangat sepanjang kejohanan, namun nasib tidak menyebelahi kita".

Sila Klik Pautan ini untuk album

20 September 2010

Salam Takziah

AL-FATIHAH
Salam Takziah
Buat Seluruh Ahli Keluarga, Rakan Taulan dan Majlis Belia Daerah Kemaman
Di Atas Pemergian
Allahyarham Sdr. Mohd Azmi Bin Taib
Bendahari Majlis Belia Daerah Kemaman
pada 19 september 2010 jam 10 pagi
Sesungguhnya para belia di Kemaman khasnya, amnya di Terengganu dan umumnya di seluruh Negara kehilangan sebutir permata. Allahyarham amat berjasa kepada para belia dan legasinya akan sentiasa tersemai dan subur di hati para belia...
Smoga Rohnya Dicucuri Rahmat...

11 September 2010

Salam Aidilfitri


Majlis Belia Negeri Terengganu
mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin
buat semua umat Islam

Pulanglah berhari raya dengan penuh istiqamah dan berhati-hati

30 Ogos 2010

Majlis Belia Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Kali e-53...
MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

Majlis Berbuka Puasa MBNT

Mesyuarat JK MBNT Kali Ke-4 diadakan pada 27 Ogos 2010 bertempat di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. sejurus selepas tamatnya mesyuarat tersebut, MBNT turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama dengan ahli jawatankuasa.
Menurut Pengerusi MBNT, Sdr. Cikgu Mat Yusuf, mesyuarat kali ini meriah diantara kesemua mesyuarat yang terdahulu kerana ianya dihadiri oleh hampir kesemua ahli jawatankuasa.
Mesyuarat kali ini juga membincangkan pelbagai program yang dirangka, namun di atas kekangan kewangan, MBNT tidak mampu menjalankan pelbagai aktiviti demi kepentingan belia-belia negeri Terengganu.
Sebagai badan induk belia di negeri ini, MBNT memainkan peranan yang amat penting kepada pertumbuhan belia di negeri yang terkenal dengan penyu ini. Namun atas dasar kemampuan kewangan, peranan meningkatkan taraf belia di negari ini tidak dapat dimainkan dengan sempurna. Justeru itu, wajarlah pelbagai pihak melihat perkembangan ini sebagai perkembagan yang akan merugikan anak bangsa di negeri ini.
Kepimpinan muda yang baru menerajui badan tertinggi belia di negeri ini haruslah diberikan peluang untuk membuktikan kepimpinan belia tempatan masih mampu mengharungi cabaran-cabaran belia kini.

Gambar lain sila klik di sini

16 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua belia yang beragama Islam...moga ibadah kita dihitung Yang Maha Esa...
SALAM RAMADHAN

29 Julai 2010

Sambutan Hari Belia N. Trg 2010

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu 2010 akan diadakan pada 29 Julai 2010 dari 9 pagi hingga 6 Petang di Perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak.
Datanglah beramai2...pelbagai acara disediakan seperti Mari Mencuba Paintball, 3 On 3 dan lain-lain lagi...
Marilah Memeriahkan Program!!!

28 Julai 2010

Raptai Hari Minggu Belia

Semua AJk Majlis Belia negeri Terengganu dijemput ke
Raptai MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Jam 8.30 Malam
Rabu (28 Julai 2010)
Stadium tertutup Gong Badak.
Kehadiran diwajibkan

26 Julai 2010

Program Pemantapan Kepimpinan Majlis Belia Negeri Terengganu


Majlis Belia Negeri Terengganu telah mengadakan Program Pemantapan Kepimpinan MBNT di Pulau Perhentian , Besut, Terengganu pada 23-25 Julai 2010. Program tersebut telah dihadiri oleh pimpinan MBNT dan Badan Gabungan MBNT seramai 40 orang.

Program ini diadakan adalah untuk memantapkan kepimpinan organisasi MBNT dan merapatkan ukhwah di kalangan pimpinan MBNT.

Majlis ini telah dihadiri dan disempurna rasmikan oleh YBhg Ust Syahrin bin Md Jamaludin, Setiausaha Politik YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

22 Julai 2010

KEMBARA BELIA TERENGGANU 2010

Kembara Belia Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh UiTM Kampus Dungun dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Belia Negeri Terengganu dan ditaja oleh PENNZOIL telah pun sempurna dilepaskan oleh YB Dato' Haji Za'abar Bin Haji Mohd Adib pada jam 10 pagi tadi di Dataran Inspirasi, UiTM Dungun.


Majlis Perasmian telah diadakan di UiTM Dungun oleh YB Dato' Haji Za'abar Bin Haji Mohd Adib, EXCO Kerajaan Negeri yang turut dihadiri oleh Sdr.Mat Yusof bin Mat Ali,Pengerusi MBN Terengganu.

22 Julai (3-5 ptg) - Taman Budaya Batu Buruk
23 Julai (6-7 mlm) - Pdg Astaka Kuala Berang
24 Julai (4-6ptg) - Pdg Astaka Kemaman
25 Julai (11-1 ptg) - Perasmian penutup di Padang Astaka Kemaman
Banyak aktiviti dan cabutan bertuah disediakan.
datanglah beramai2...

16 Jun 2010

Salam

Unit Komunikasi Dan media MBN Terengganu sedang berusaha untuk membina 1 Laman Blog Interaksi untuk semua Belia di Negeri Terengganu kursusnya. Oleh yang demikian, sebarang cadangan bolehlah terus emailkan kepada kami
mbn.terengganu@gmail.com
Segala bantuan dan cadangan daripada anda amatlah kami hargai...
Sekian terima kasih.