15 Mei 2012

Selamat Hari Belia 2012

Selamat Menyambut Hari Belia 2012
Marilah kita sama-sama merayakannya dengan transformasi minda dan aktiviti yang inovatif

Kunjungilah Himpunan Jutaan Belia 23-27 Mei ini di Putrajaya. Sama-sama memeriahkannya.

05 Februari 2012

Maulidur Rasul 1433H

Majlis Belia Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada 5 Februari 2012 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1433H. MBNT menyeru agar seluruh umat Islam terutama warga belia agar dapat menghayati sejarah perjuangan Rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam.
12 RabiulAwal merupakan hari yang amat bersejarah bagi kita umat Islam seluruhnya yang mana menjadi tradisi dunia Islam merayakannya pada setiap tahun, bagi memperingati kelahiran junjungan besar kita yang kita kasihi sebagai Pesuruh Allah dan penyelamat umat manusia sejagat. Kalau diteliti dari sudut sejarah, 12 Rabiul Awal merupakan hari bertuah yang unggul kepada kita kita umat Islam :-

Pertama : Rasulullah SAW dilahirkan pada 12 Rabiul Awal
Kedua : Rasulullah S.A.W berhijrah dari Mekah ke Madinah pada 12 Rabiul Awal,
tiba di Madinah pada 12 Rabiul Awal
Ketiga : Rasulullah S.A.W wafat pada 12 Rabiul Awal

Sambutan Perayaan Maulidur Rasul merupakan kemuncak dari tanda kasih umat Islam terhadap Rasulullah S.A.W yang tidak ada tolak bandingnya. Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin paling mulia di dunia dan akhirat, sebagai pemimpin, sebagai penyelamat alam sejagat dan sebagai pemberi syafaat kepada umat manusia di akhirat sebagaimana kata Imam Al-Bushiry bermaksud,

"Baginda Rasulullah orang yang diharapkan pertolongan syafaatnya di akhirat pada setiap huru hara dari seribu huruhara yang ditempuhi umat"

Tema sambutan pada tahun ini ialah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" merupakan tema yang bertepatan benar dengan cabaran dan suasana hari ini yang kita hadapi sekarang. Baginda sangat menekankan aspek ukhwah Islamiah atau persaudaraan Islam tanpa mengira warna kulit atau taraf sosial. Umat Islam diajar tidak menyakiti saudaranya sama ada melalui tangan atau lidahnya.

Akhirnya, sebagai kesimpulan saya menyeru kepada warga belia khususnya, marilah kita mencontohi akhlak Rasulullah SAW seperti maksud Firman Allah SWT,

" Sesungguhnya adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikatan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari Akhirat, serta pula menyebut dan banyak mengingati Allah" Al Ahzab :21



SALAM MAULIDUR RASUL 1433H
Mat Yusof bin Mat Ali
Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu

02 Januari 2012

Perutusan Khas Pengerusi Sempena 2012

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita dalam menempuh Tahun Baru Hijrah 1433 dan 2012M. Sesungguhnya jika digamit nostalgia 2011, terasa-rasa oleh kita bahawa masa berlalu begitu pantas. Semusim usia menua dan sekali gus membawa erti setahun lagi pengalaman bertambah. Penghujung hidup pun kian hampir. Ianya datang secara tiba-tiba. Itulah yang sering diperingatkan kepada kita warga belia terutamanya.

Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana MBNT terus utuh dan dihidup suburkan aktivitinya sehingga dapat menempa kejayaan bagi Tahun 2011. Tirai 2011 dilabuhkan dengan kejayaan MBNT bersama JBSNT menganjurkan Malam Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 20 Disember 2011. Tahniah kepada semua yang berjaya merangkul anugerah belia bagi Tahun 2011. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang bersama MBNT bagi menjayakan program-program sepanjang Tahun 2011.

29 Oktober 2011

Piala Malaysia

Meniti Ke Puncak Juara
Piala Malaysia 2011
InsyaAllah Milik Terengganu
~Doa & Harapan Majlis Belia Negeri Terengganu~

08 Oktober 2011

Bajet 2012 - Bajet Rakyat

Perutusan Pengerusi (Pembentangan Bajet Negara 2012) :


"Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, bajet khusus telah diberikan kepada Majlis Belia Malaysia(MBM), majlis belia negeri-negeri dan majlis belia daerah-daerah. Ianya adalah merupakan satu suntikan semangat kepada warga belia untuk meneruskan aktiviti kepimpinan bagi menjamin kelangsungan kerajaan pemerintah hari ini.

InsyaAllah Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) akan menggalas amanah dan tanggungjawab bagi merealisasikan harapan serta hasrat tersebut. Saya bagi pihak warga belia Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B. Perdana Menteri."

- Saudara Mat Yusof Bin Mat Ali (Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu)


06 Oktober 2011

Program Sentuhan Rohani Berjaya


Tasik Kenyir (28.09.11) : Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Majis Belia Negeri Terengganu dan beberapa agensi lain telah berjaya menjalankan Program Sentuhan Rohani bertempat di Kenyir Santuary Resort, Kenyir pada 28 dan 29 September yang lalu.

Program ini adalah merupakan siri ke-5 diadakan. Seramai 60 orang peserta daripada Era Training Center Sdn Bhd terlibat menjayakan program ini.

Menurut Pengerusi MBNT, Saudara Mat Yusof Bin Mat Ali, program kali ini berbeza kerana keseluruhan modul adalah menggunakan pendekatan Islam. Ayat-ayat suci Al-Quran dan Al-Hadith digunakan sepanjang program ini berlangsung.

Untuk melihat Album sila KLIK disini.

28 September 2011

Program Sentuhan Rohani

Tasik Kenyir (28.09.11) : Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,AADK Negeri Terengganu dan TQHM Consultant sedang menganjurkan Program Sentuhan Rohani bagi sesi kelima di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Peserta seramai 60 orang yang terdiri daripada ahli pertubuhan belia di negeri Terengganu akan diberikan pendedahan kerohanian daripada aspek keagamaan dalam membentuk halatuju kehidupan.

27 September 2011

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Belia Terengganu


Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu bersama Pejabat Yang berhormat EXCO belia Dan Sukan Negeri terengganu dan majlis Belia Negeri Terengganu menjemput pemimpin pertubuhan belia dan seluruh kerabat ahli ke Majlis


Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H/ 2011 Masihi


pada 28 September 2011 (Rabu) bertempat di Dataran Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Terengganu. Majlis ini akan bermula pada jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

18 September 2011

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kemaman Bersama Belia

Kemaman (17.09.11) : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kemaman bersama pertubuhan belia setempat meriah dengan kehadiran kira-kira 35000 orang.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik itu dihoskan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek bersama 26 pertubuhan belia kawasan Parlimen Kemaman antaranya ialah Majlis Belia Daerah (MBD) Kemaman, Kelab Rakan Muda Kemaman, Pergerakan 4B Kawasan Kemaman dan MAYC Kawasan Kemaman.

Majlis ini berbeza daripada yang lain kerana pertubuhan belia bersama-sama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman, Jabatan Belia Dan Sukan negeri Terengganu, IKBN Kemasik dan Koperasi Rakan Muda Kemaman berkoloborasi menyediakan juadah untuk tetamu yang hadir antaranya Nasi Dagang, Nasi Minyak, Sate, Lemang dan sebagainya.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan artis tempatan seperti Hattan, Z
arina, Balqis, Black dan sebagainya. Walaupun majlis bermula jam 11.00 pagi, namun tetamu telah mula membanjiri IKBN sejak jam 10.00 pagi lagi.

Barisan kepimpinan MBN Terengganu turut hadir memeriahkan majlis dengan kehadiran Pengerusi seawal jam 11 pagi bersama keluarga, Pengerusi dan AJK MBD Kemaman, MBD Dungun, MBD Marang dan MBD Kuala Terengganu.

Turut hadir menyerikan majlis adalah Y.A.B. Dato' Seri Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu dan Y.B. Dato' Mohamed Awang Tera.

15 September 2011

Rumah Terbuka Parlimen Kemaman

Mewakili YB Dato' Sri Haji Ahmad Shabery Bin Cheek,
menjemput semua pemimpin dan ahli pertubuhan belia serta orang ramai menghadiri
Majlis Rumah Terbuka Parlimen Kemaman 2011
Bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik
17 September 2011 (Sabtu)
Jam 11 pagi hingga 3 petang

Rumah terbuka kali ini sepertimana tahun sebelumnya, Yang Berhormat Dato' Sri berkongsi rumah terbuka bersama-sama pertubuhan belia sekitar Parlimen Kemaman.

Menurut Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kemaman, Encik Ruhisyam Bin Ibrahim, sebanyak 26 pertubuhan belia di Parlimen Kemaman terlibat menyediakan semua juadah untuk tetamu yang hadir. Rumah terbuka ini juga mendapat bantuan penuh daripada pihak pengurusan IKBN Kemasik yang menyediakan tempat, pelbagai kemudahan dan para pelajar sebagai sukarelawan. Rumah Terbuka ini sentiasa dinantikan oleh penduduk Kemaman kerana kelainan yang ditampilkan. "Idea untuk melibatkan pertubuhan belia adalah merupakan idea Yang Berhormat Dato' Sri sendiri dan ianya mampu mendekatkan diri dianatara belia dan pemimpin tempatan" kata Encik Ruhisyam Ibrahim.

Majlis rumah terbuka ini akan turut diserikan oleh artis tempatan antaranya Hattan, Balqis dan lain-lain.