18 September 2011

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kemaman Bersama Belia

Kemaman (17.09.11) : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kemaman bersama pertubuhan belia setempat meriah dengan kehadiran kira-kira 35000 orang.

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik itu dihoskan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek bersama 26 pertubuhan belia kawasan Parlimen Kemaman antaranya ialah Majlis Belia Daerah (MBD) Kemaman, Kelab Rakan Muda Kemaman, Pergerakan 4B Kawasan Kemaman dan MAYC Kawasan Kemaman.

Majlis ini berbeza daripada yang lain kerana pertubuhan belia bersama-sama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman, Jabatan Belia Dan Sukan negeri Terengganu, IKBN Kemasik dan Koperasi Rakan Muda Kemaman berkoloborasi menyediakan juadah untuk tetamu yang hadir antaranya Nasi Dagang, Nasi Minyak, Sate, Lemang dan sebagainya.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan artis tempatan seperti Hattan, Z
arina, Balqis, Black dan sebagainya. Walaupun majlis bermula jam 11.00 pagi, namun tetamu telah mula membanjiri IKBN sejak jam 10.00 pagi lagi.

Barisan kepimpinan MBN Terengganu turut hadir memeriahkan majlis dengan kehadiran Pengerusi seawal jam 11 pagi bersama keluarga, Pengerusi dan AJK MBD Kemaman, MBD Dungun, MBD Marang dan MBD Kuala Terengganu.

Turut hadir menyerikan majlis adalah Y.A.B. Dato' Seri Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu dan Y.B. Dato' Mohamed Awang Tera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan