27 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa Belia Terengganu & APMT


Marang (27.08.11) : Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) bersama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Marang Village Resort. Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada barisan kepimpinan MBNT, wakil APMT, dan badan gabungan MBNT termasuk para belia di seluruh negeri Terengganu hadir.

Menurut Pengerusi MBNT, Sdr. Mat Yusof Bin Mat Ali, majlis seumpama ini amat penting dianjurkan walaupun sekadar sekali setahun, ini kerana ianya mampu bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan silaturahim diantara belia-belia seluruh negeri Terengganu. Program ini seharusnya mampu dilaksanakan setiap tahun dan mungkin diadakan di setiap daerah bagi mendekati para belia secara menyeluruh.

Yang amat membanggakan adalah APMT selaku agensi dibawah kerajaan Negeri Terengganu sanggup bekerjasama bagi mendekati para belia di negeri ini melalui majlis pada hari ini dan diharpkan majlis seperti ini mampu dilaksanakan lagi dalam pelbagai spektrum agar para belia di negeri ini mampu mengenali kepimpinan belia-belia seluruh negeri Terengganu dan seterusnya mewujudkan 'komunikasi bersilang di antara pemimpin-pemimpin belia seluryh negeri Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan