21 Ogos 2011

Majlis Rakan Muda Ramadhan Khatam Al-Quran

MAJLIS RAKAN MUDA RAMADHAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 1432H/2011

Hulu Terengganu (21.08.11) : Masjid Sultan Mahmud, Hulu Terengganu hari ini dipenuhi oleh ribuan belia dari seluruh pelusuk Negeri Terengganu bagi menyempurnakan Majlis Rakan Muda Ramadhan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu. Pelbagai program di atur sepanjang hari ini antaranya adalah Khatam Al-Quran dan
Majlis Berbuka Puasa.

Program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato Seri Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu. Program ini turut dihadiri oleh EXCO Belia Dan Sukan Terengganu, Tuan Haji Rozi Bin Mamat, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri dan ADUN-ADUN kawasan Parlimen Hulu Terengganu.

Menurut Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu, majlis pada kali ini adalah merupakan kesinambungan daripada program tadarus yang bermula pada 1 Ramadhan yang lalu yang membabitkan masjid-masjid terpilih di seluruh Negeri Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan