30 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa MBNT

Mesyuarat JK MBNT Kali Ke-4 diadakan pada 27 Ogos 2010 bertempat di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. sejurus selepas tamatnya mesyuarat tersebut, MBNT turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama dengan ahli jawatankuasa.
Menurut Pengerusi MBNT, Sdr. Cikgu Mat Yusuf, mesyuarat kali ini meriah diantara kesemua mesyuarat yang terdahulu kerana ianya dihadiri oleh hampir kesemua ahli jawatankuasa.
Mesyuarat kali ini juga membincangkan pelbagai program yang dirangka, namun di atas kekangan kewangan, MBNT tidak mampu menjalankan pelbagai aktiviti demi kepentingan belia-belia negeri Terengganu.
Sebagai badan induk belia di negeri ini, MBNT memainkan peranan yang amat penting kepada pertumbuhan belia di negeri yang terkenal dengan penyu ini. Namun atas dasar kemampuan kewangan, peranan meningkatkan taraf belia di negari ini tidak dapat dimainkan dengan sempurna. Justeru itu, wajarlah pelbagai pihak melihat perkembangan ini sebagai perkembagan yang akan merugikan anak bangsa di negeri ini.
Kepimpinan muda yang baru menerajui badan tertinggi belia di negeri ini haruslah diberikan peluang untuk membuktikan kepimpinan belia tempatan masih mampu mengharungi cabaran-cabaran belia kini.

Gambar lain sila klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan