26 Julai 2010

Program Pemantapan Kepimpinan Majlis Belia Negeri Terengganu


Majlis Belia Negeri Terengganu telah mengadakan Program Pemantapan Kepimpinan MBNT di Pulau Perhentian , Besut, Terengganu pada 23-25 Julai 2010. Program tersebut telah dihadiri oleh pimpinan MBNT dan Badan Gabungan MBNT seramai 40 orang.

Program ini diadakan adalah untuk memantapkan kepimpinan organisasi MBNT dan merapatkan ukhwah di kalangan pimpinan MBNT.

Majlis ini telah dihadiri dan disempurna rasmikan oleh YBhg Ust Syahrin bin Md Jamaludin, Setiausaha Politik YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

1 ulasan: