03 Mei 2011

Kerajaan Negeri Terengganu Prihatin

30 April 2011, Kuala Nerus - Penantian pertubuhan belia seluruh negeri Terengganu berakhir apabila kerajaan Negeri Terengganu menyerahkan sumbangan bantuan pentadbiran kepada semua pertubuhan belia di negeri Terengganu sebanyak RM 1,029,000.00. pada hari ini di Pulau Duyung sempena Majlis Perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyung yang telah diserahkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Haji Abdul Razak.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Y.A.B. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Bin Said, Menteri Dalam Negeri, Menteri Belia Dan Sukan, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Speaker DUN Terengganu, EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Terengganu, Wakil Rakyat, rakyat-rakyat dan kira-kira 3000 orang para belia seluruh negeri Terengganu.

Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu berkata, belia di negeri ini cukup bertuah kerana mempunyai Menteri Besar dan kerajaan negeri yang cukup prihatin terhadap perkembangan dan suara para belia dengan penyerahan bantuan kewangan ini. Bantuan kewangan ini telah dipohon oleh Majlis Belia Negeri Terengganu dan kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan permohonan ini tanpa sedikit pun dikurangkan jumlah yang dipohon sebanyak RM 1,029,000.00. Ini menunjukkan betapa kerajaan negeri prihatin dan berbangga dengan nilai belia di negeri ini.

Majlis Belia Negeri Terengganu mewakili seluruh kepimpinan, ahli dan para belia dinegeri ini mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan negeri khususnya kepada Y.A.B. Menteri Besar Terengganu dan Y.B.M. Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, dan tidak dilupakan kepada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang malakukan Lawatan Kerja sehari di negeri Terengganu yang cukup menggambarkan keperihatinan beliau terhadap para belia di negeri ini.

Untuk melihat album Lawatan sehari PM ke Negeri Terengganu klik DISINI

02 Mei 2011

Mesyuarat Ridaksi Utusan Belia

Unit Utusan Belia
Biro Penerangan, Komunikasi dan Multimedia
Majlis Belia Negeri Terengganu

akan mengadakan Mesyuarat Ridaksi Utusan Belia
pada 2 Mei 2011 (Selasa)
2.30 Petang
Bilik Mesyuarat Majlis Belia Negeri Terengganu

Gajet Baru MBNT

MBN Terengganu akan memodenkan sistem penyampaiannya melalui Biro Penerangan, Komunikasi dan Multimedianya (BPKM) yang akan diperkasakan.

MBNT akan membekalkan BPKM dengan Kamera Video, Netbook dan jaringan internet agar info terkini sampai secara terus kepada para belia khususnya di Terengganu.

Melalui harapan Pengerusi MBNT agar keciciran info kepada para belia dihapuskan boleh dirialisasikan dengan perolehan gajet-gajet baru untuk memodenisasikan penyampaian kepada para belia yang kini lebih berorentasikan internet.

MBNT bakal menerbitkan Majalah Utusan Belia dan sedikit masa lagi MBNT akan melancarkan produk penyampaian terbaru dan terkini...nantikan kemunculannya dan doakan agar kita mampu 'Melayari Bahtera Belia Darul Iman'