29 Julai 2010

Sambutan Hari Belia N. Trg 2010

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu 2010 akan diadakan pada 29 Julai 2010 dari 9 pagi hingga 6 Petang di Perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak.
Datanglah beramai2...pelbagai acara disediakan seperti Mari Mencuba Paintball, 3 On 3 dan lain-lain lagi...
Marilah Memeriahkan Program!!!

28 Julai 2010

Raptai Hari Minggu Belia

Semua AJk Majlis Belia negeri Terengganu dijemput ke
Raptai MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Jam 8.30 Malam
Rabu (28 Julai 2010)
Stadium tertutup Gong Badak.
Kehadiran diwajibkan

26 Julai 2010

Program Pemantapan Kepimpinan Majlis Belia Negeri Terengganu


Majlis Belia Negeri Terengganu telah mengadakan Program Pemantapan Kepimpinan MBNT di Pulau Perhentian , Besut, Terengganu pada 23-25 Julai 2010. Program tersebut telah dihadiri oleh pimpinan MBNT dan Badan Gabungan MBNT seramai 40 orang.

Program ini diadakan adalah untuk memantapkan kepimpinan organisasi MBNT dan merapatkan ukhwah di kalangan pimpinan MBNT.

Majlis ini telah dihadiri dan disempurna rasmikan oleh YBhg Ust Syahrin bin Md Jamaludin, Setiausaha Politik YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

22 Julai 2010

KEMBARA BELIA TERENGGANU 2010

Kembara Belia Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh UiTM Kampus Dungun dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Belia Negeri Terengganu dan ditaja oleh PENNZOIL telah pun sempurna dilepaskan oleh YB Dato' Haji Za'abar Bin Haji Mohd Adib pada jam 10 pagi tadi di Dataran Inspirasi, UiTM Dungun.


Majlis Perasmian telah diadakan di UiTM Dungun oleh YB Dato' Haji Za'abar Bin Haji Mohd Adib, EXCO Kerajaan Negeri yang turut dihadiri oleh Sdr.Mat Yusof bin Mat Ali,Pengerusi MBN Terengganu.

22 Julai (3-5 ptg) - Taman Budaya Batu Buruk
23 Julai (6-7 mlm) - Pdg Astaka Kuala Berang
24 Julai (4-6ptg) - Pdg Astaka Kemaman
25 Julai (11-1 ptg) - Perasmian penutup di Padang Astaka Kemaman
Banyak aktiviti dan cabutan bertuah disediakan.
datanglah beramai2...